Monday, April 14, 2008

Kemujuran Atau Kemalangan?

Ada sebuah cerita Cina kuno tentang seorang lelaki tua yang sikapnya dalam memandang kehidupan berbeza sama sekali dengan orang-orang lain di desanya.

Rupanya laki-laki tua ini hanya mempunyai seekor kuda, dan pada suatu hari kudanya hilang. Para jirannya datang dan menaruh belas kasihan kepadanya, mengatakan kepadanya betapa mereka ikut sedih kerana kemalangan yang menimpanya.

Jawabannya membuat mereka hairan.

"Tapi bagaimana kalian tahu itu kemalangan?" dia bertanya.

Beberapa hari kemudian kudanya pulang, dan ikut bersamanya dua ekor kuda liar. Sekarang si laki-laki tua punya tiga ekor kuda. Kali ini, para jirannya mengucapkan selamat atas kemujurannya.

"Tapi bagaimana kalian tahu itu kemujuran?" dia menjawab.

Pada hari berikutnya, sementara sedang berusaha menjinakkan salah seekor kuda liar, anak lelakinya jatuh dan kakinya patah.

Sekali lagi, para jiran datang, kali ini untuk menghibur si laki-laki tua kerana kecelakaan yang menimpa anaknya.

"Tapi bagaimana kalian tahu itu kemalangan?" dia bertanya.

Kali ini, semua tetangganya menarik kesimpulan bahawa fikiran si tua ini kacau dan tidak ingin lagi berurusan dengannya.

Walaupun demikian, keesokan harinya penguasa perang datang ke desa dan mengambil semua lelaki yang sihat untuk dibawa ke medan pertempuran. Tetapi anak si lelaki tua tidak ikut diambil, sebab tubuhnya tidak sihat!

MORAL KISAH INI:

Kita semua akan menghayati kehidupan yang lebih tenang jika kita tidak terlalu tergesa-gesa memberikan penilaian kepada peristiwa yang terjadi. Bahkan apa yang paling kita benci, dan yang masih menimbulkan reaksi negatif kalau terfikirkan oleh kita, mungkin memainkan peranan positif dalam hidup kita

No comments: