Tuesday, April 22, 2008

Dua Pemancing

Diceritakan tentang sebuah kejadian yang dialami oleh dua orang pemancing yang sama-sama hebat iaitu pemancing A dan B. Kedua-dua pemancing itu selalu mendapatkan banyak ikan.

Suatu hari kedua-dua pemancing tersebut didatangi 10 pemancing lain ketika memancing di sebuah danau. Seperti biasa, kedua pemancing itu mendapat banyak ikan. Sedangkan 10 pemancing lainnya hanya gigit jari, kerana tak satu pun ikan menghampiri kail mereka. Kesepuluh pemancing amatur itu ingin sekali belajar cara memancing daripada kedua-dua pemancing hebat tersebut. Tetapi keinginan mereka tidak dilayan oleh pemancing A. Sebaliknya, pemancing A tersebut menunjukkan sikap kurang senang dan terganggu oleh kehadiran pemancing-pemancing amatur itu.

Tetapi pemancing B menunjukkan sikap yang berbeza. Ia bersedia menjelaskan teknik memancing yang baik kepada ke-10 pemancing lainnya, dengan syarat mereka harus memberikan seekor ikan kepada B sebagai bonus jika mereka mendapat 10 ekor ikan. Tetapi jika jumlah ikan tangkapan masing-masing di antara mereka kurang dari 10, maka mereka tidak perlu memberikan apa-apa pun.

Syarat tersebut dipersetujui, dan mereka dengan cepat belajar tentang teknik memancing daripada B. Dalam waktu dua jam, pemancing-pemancing itu mendapat sedikitnya sebakul ikan. Automatik si B mendapatkan banyak keuntungan. Disamping mendapatkan `bonus' ikan dari pemancing-pemancing bimbingannya, si B juga mendapatkan 10 orang teman baru. Sementara pemancing A, yang kedekut memberi ilmu, tidak mendapat keuntungan sebesar manafaat yang didapati oleh B.

MORAL KISAH INI:

Kisah di atas menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan akan jauh lebih bermanfaat bila diamalkan.

"Hanya dengan cara kita mengembangkan ilmu kita kepada orang lain yang membuatkan kita berhasil selamanya," kata Harvey S. Fire Stone. Kerana tindakan tersebut, di samping menjadikan kita lebih menguasai ilmu pengetahuan, kita juga mudah mendapat keuntungan dari segi kewangan, pengembangan hubungan sosial, dan sebagainya.

"Jika Anda membantu lebih banyak orang untuk mencapai impiannya, impian Anda akan tercapai," tambah Zig Ziglar, seorang motivator ternama di Amerika Serikat.

Bentuk pemberian tak semestinya berupa wang, ilmu pengetahuan dan lain sebagainya, mungkin juga dalam bentuk kasih sayang, perhatian, kesetiaan, motivasi, bimbingan dan sebagainya yang mampu kita berikan.

"Make yourself necessary to somebody. – Jadikan dirimu bererti bagi orang lain," kata Ralph Waldo Emerson.

Kebiasaan memberi seperti itu selain memudahkan kita memperluaskan jalinan hubungan sosial, tetapi juga membangun sikap optimism kerana kehidupan kita akan lebih bererti.

Sumber: Dua Pemancing Yang Hebat oleh Andrew Ho.

Andrew Ho adalah seorang pengusaha, motivator, dan penulis buku-buku best seller.

No comments: