Tuesday, April 22, 2008

Peladang Jagung Yang Berjaya

Seorang wartawan mewawancara seorang petani untuk mengetahui rahsia di sebalik ladang jagungnya yang selama ini selalu menghasilkan jumlah jagung terbaik dan terbanyak di daerah tersebut. Petani itu mengakui dia sama sekali tidak mempunyai rahsia khusus tetapi sebaliknya dia selalu membagi-bagikan benih-benih jagung terbaiknya pada jiran-jiran di sekitar ladangnya.

"Mengapa anda membagi-bagikan benih jagung terbaik itu pada jiran-jiran anda?" tanya sang wartawan.

"Tak tahukah anda?," jawab petani itu. "Bahawa angin menerbangkan serbuk benih dari bunga-bunga jagung yang masak dan menyebarkannya dari satu ladang ke ladang yang lain. Apabila tanaman jagung jiran-jiran saya buruk, maka serbuk benih yang disebarkan ke ladang saya juga buruk. Ini tentu menurunkan kualiti jagung saya. Apabila saya ingin mendapatkan hasil jagung yang terbaik, saya harus menolong jiran-jiran saya mendapatkan jagung yang baik pula."

MORAL KISAH INI:

Begitu pula dengan hidup kita. Mereka yang ingin meraih keuntungan harus menolong jiran-jirannya supaya berjaya juga. Mereka yang menginginkan hidup dengan baik harus menolong kawan-kawannya hidup dengan baik juga.

Nilai dari hidup kita diukur dari kehidupan-kehidupan yang dibantunya.

No comments: